Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ..
Sambil menikmati semangkuk koko crunch ni, kita nak share sikit tentang satu topik ni .. topik yang cliche dalam abad sekarang ni .. Si Kaya Dan Si Miskin .. Ni berdasarkan pengalaman dan apa yang aku dah tengok depan mata aku sepanjang 21 tahun aku hidup ..
Kenapa orang yang jenis berada ni suka show off theirself? especially yang dah tua-tua.. kadang-kadang bila tengok makcik-makcik yang konon-konon pangkat datuk datin bila bercakap ni mesti nak bermegah dengan apa yang dia ada.. hello, makcik-makcik.. korang rasa korang kaya sebab apa? datang dari siapa? siapa yang berkehendakkan? Kalau bukan Allah SWT.. Memang aku tahu korang ada usaha bekerja semua ada syarikat bagai tapi pernah tak fikir, siapa yang tetapkan perjalanan hidup anda tu? kalau bukan Allah SWT. Aku ni bukan laa nak cakap aku bagus dalam berkata-kata tapi based on apa yang aku selalu nampak, apa yang aku selalu perhatikan, biasanya, orang-orang berada ni selalu je memperlekehkan orang-orang bawahan dia.. fikir sikit syarikat korang handle tu siapa yang banyak bantu kalau bukan orang bawahan macam kitorang. kau rasa kau boleh ke handle syarikat sorang2 kalau takde orang bawahan? pandai ke macam mana nak rolling duit, pergi site, lakar project paper for meeting and whatever hell of about campany dalam satu masa? yang kau tahu bila sampai time orang bawahan kau takhantar kerja yang kau nak tu, kau taktanya apa masalah dia terus kau maki hamun , sumpah seranah sebakul kat dia.. pernah ke kau fikir mana laa tahu orang bawahan kau tu anak dia sakit ke, bini masuk hospital ke, kematian ke, accident ke, apa ke. Pernah fikir ? itu baru masuk part company. okay, masuk pula part dinner with your VVIP gang. masing-masing taknak kalah dengan baju beriban-riban, emas permata dua tiga bentuk tak sah kalau takde. time tu laa nak tunjuk siapa punya paling mahal, paling cantik, paling mengerlip bagai. haihh, orang kaya orang kaya. takfaham laa. kenapa macam tu ek? Satu part lagi, bila nak pilih calon menantu pun mesti nak pilih yang setaraf. kenapa ek? orang kebanyakan ni takde pendidikan ke ? orang kebanyakan ni takde adab ke? orang kebanyakan ni jahat ke? okay, ingat orang kaya tu bagus sangat? baik sangat? serious talk, kebanyakan orang kaya laa aku tengok selalu lepak club, dalam drama pun aku tengok yang kaya-kaya semua jenis lepak club, yang miskin duduk rumah tolong mak buat kuih untuk meniaga esok pagi.
Pernah dengar kan hidup ini ibarat roda, kadang kat atas, kadang kat bawah. takde istilah selama nya kau kat atas tak turun-turun. bukan nak cakap orang kebanyakan ni bagus. memang kadang-kadang orang kebanyakan ni ada yang buat kerja jahat tapi fikir kenapa dorang jadi gitu kalau bukan sebab keadaan sekeliling yang mendesak untuk buat kerja jahat. setiap manusia Allah ciptakan sama cuma cara hidup kita je berbeza. itu pun berdasarkan daripada keadaan sekeliling kita. budak zaman sekarang pun kecik-kecik dah jadi nakal sebab keadaan sekeliling sekarang .. dengan pengaruh tv dan internet yang makin asyik melalaikan. makin lama dunia ni makin moden. macam-macam benda yang zaman kanak-kanak kita dulu selalu buat tu dah dilupakan dan tak dipraktikkan oleh budak-budak zaman sekarang. semua sebab ibu bapa yang dah lupa diri , lupa asal usul sendiri. mana budak-budak tak ikut ..
sebenarnya , aku pun taktahu apa point nak tulis lagi.. banyak idea tapi malas nak menaip, mungkin cukup laa kot untuk kali ni .. karang korang nak baca panjang-panjang takut bosan pula.. mungkin akan bersambung yang kedua nanti.. jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment