Wednesday 16 September 2015

Kau Tu Yang Belum Cukup Matang

Aku ada borak dengan sorang kawan aku ni .. Dia tegur aku haritu. Teguran dia berbunyi begini
 "Keju, kau dah berubah lah.. Asal sekarang aku tengok kau macam lambat je.. Semua benda kau buat kerja lambat.. Kau okay tak? Kau dah teruk lah.. Bila aku cari kau mesti takde.. Kau dah tak in group macam dulu.. Kau asyik gerak sorang-sorang je.. Bila aku panggil kau macam blur je.."

Reaksi aku? just gelak je then aku jawab balik "Entahlah.. Kita pun taktahu kenapa kita macam tu.. mungkin sebab rindu family kot.. yelaa, kita kan jauh dengan family, lagipun dah lama takbalik KL ni.. so. risau sikit dengan family kot kat KL .. tapi chill laa, kita okay je.. boleh control lagi.. takkan laa nak campurkan hal peribadi dengan kerja kan?

borak punya borak punya borak, ada laa satu part ni kitorang borak pasal someone tapi aku malas nak mention nama, tapi member aku tu tetap kaitkan aku juga. Dia cakap macam ni "Bagi pandangan aku laa kan, kau ni tak matang lagi laa..

Aku takingat lagi apa dia membebel pasal matang tu. So, aku just cakap, "Kita takboleh nak yakinkan orang yang kita matang. Ya, mungkin awak just pandang kita dari pandangan mata kasar awak sebab kita style macam budak-budak. Kalau kita ada masalah pun, kita tetap boleh gelak-gelak depan korang sebab kita taknak orang asyik sibuk tanya masalah kita. So,kita tak kisah orang nak cakap kita budak-budak ke, takmatang ke apa ke yang penting kita kenal siapa kita.

Once bila aku balik rumah, tetiba aku terfikir balik apa yang member aku cakap tu.Aku belum matang? Matang dari segi apa? Apa maksud matang yang sebenarnya bytheway? Sifat apa je yang kena ada untuk menggambarkan yang seseorang itu dah matang? Kalau kita tengok luaran dia macam budak-budak, dengan perangai dia yamg happy go lucky selalu, kita terus chop yang dia tu tak matang lah ek?

Biasalah kot, lain orang lain pendapat. So, takperlulah kot rasanya nak bertekak tentang kematangan diri masing-masing, kadang-kadang kita cakap orang takmatang tu, ingat kita ni dah cukup matang ke? haihhh sedihhh ...

Monday 14 September 2015

Cerita Si Kaya & Si Miskin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ..

Sambil menikmati semangkuk koko crunch ni, kita nak share sikit tentang satu topik ni .. topik yang cliche dalam abad sekarang ni .. Si Kaya Dan Si Miskin ..  Ni berdasarkan pengalaman dan apa yang aku dah tengok depan mata aku sepanjang 21 tahun aku hidup ..

Kenapa orang yang jenis berada ni suka show off theirself? especially yang dah tua-tua.. kadang-kadang bila tengok makcik-makcik yang konon-konon pangkat datuk datin bila bercakap ni mesti nak bermegah dengan apa yang dia ada.. hello, makcik-makcik.. korang rasa korang kaya sebab apa? datang dari siapa? siapa yang berkehendakkan? Kalau bukan Allah SWT.. Memang aku tahu korang ada usaha bekerja semua ada syarikat bagai tapi pernah tak fikir, siapa yang tetapkan perjalanan hidup anda tu? kalau bukan Allah SWT. Aku ni bukan laa nak cakap aku bagus dalam berkata-kata tapi based on apa yang aku selalu nampak, apa yang aku selalu perhatikan, biasanya, orang-orang berada ni selalu je memperlekehkan orang-orang bawahan dia.. fikir sikit syarikat korang handle tu siapa yang banyak bantu kalau bukan orang bawahan macam kitorang. kau rasa kau boleh ke handle syarikat sorang2 kalau takde orang bawahan? pandai ke macam mana nak rolling duit, pergi site, lakar project paper for meeting and whatever hell of about campany dalam satu masa? yang kau tahu bila sampai time orang bawahan kau takhantar kerja yang kau nak tu, kau taktanya apa masalah dia terus kau maki hamun , sumpah seranah sebakul kat dia.. pernah ke kau fikir mana laa tahu orang bawahan kau tu anak dia sakit ke, bini masuk hospital ke, kematian ke, accident ke, apa ke. Pernah fikir ? itu baru masuk part company. okay, masuk pula part dinner with your VVIP gang. masing-masing taknak kalah dengan baju beriban-riban, emas permata dua tiga bentuk tak sah kalau takde. time tu laa nak tunjuk siapa punya paling mahal, paling cantik, paling mengerlip bagai. haihh, orang kaya orang kaya. takfaham laa. kenapa macam tu ek? Satu part lagi, bila nak pilih calon menantu pun mesti nak pilih yang setaraf. kenapa ek? orang kebanyakan ni takde pendidikan ke ? orang kebanyakan ni takde adab ke? orang kebanyakan ni jahat ke? okay, ingat orang kaya tu bagus sangat? baik sangat? serious talk, kebanyakan orang kaya laa aku tengok selalu lepak club, dalam drama pun aku tengok yang kaya-kaya semua jenis lepak club, yang miskin duduk rumah tolong mak buat kuih untuk meniaga esok pagi.

Pernah dengar kan hidup ini ibarat roda, kadang kat atas, kadang kat bawah. takde istilah selama nya kau kat atas tak turun-turun. bukan nak cakap orang kebanyakan ni bagus. memang kadang-kadang orang kebanyakan ni ada yang buat kerja jahat tapi fikir kenapa dorang jadi gitu kalau bukan sebab keadaan sekeliling yang mendesak untuk buat kerja jahat. setiap manusia Allah ciptakan sama cuma cara hidup kita je berbeza. itu pun berdasarkan daripada keadaan sekeliling kita. budak zaman sekarang pun kecik-kecik dah jadi nakal sebab keadaan sekeliling sekarang .. dengan pengaruh tv dan internet yang makin asyik melalaikan. makin lama dunia ni makin moden. macam-macam benda yang zaman kanak-kanak kita dulu selalu buat tu dah dilupakan dan tak dipraktikkan oleh budak-budak zaman sekarang. semua sebab ibu bapa yang dah lupa diri , lupa asal usul sendiri. mana budak-budak tak ikut ..

sebenarnya , aku pun taktahu apa point nak tulis lagi.. banyak idea tapi malas nak menaip, mungkin cukup laa kot untuk kali ni .. karang korang nak baca panjang-panjang takut bosan pula.. mungkin akan bersambung yang kedua nanti.. jumpa lagi..

Thursday 6 August 2015

Makan Hati

          Kalau nak cerita tentang makan hati dengan kau, aku rasa aku lebih banyak makan hati dengan orang. Bukan niat mengungkit tapi benda tu memang aku kena luahkan supaya kau tahu apa perasaan aku sekarang.
          Aku takkisah kau nak melepak dengan kawan-kawan kau but please!!! Sekurang-kurangnya bila kau ada dengan aku, tolong lupakan sekejap kawan-kawan kau tu. Aku tahu sahabat lebih berharga dari awek tapi bila aku dengan kau, apa peranan aku pada kau? Mana keistimewaan aku pada kau? Kawan kau juga lebih istimewa dari aku. Kawan kau juga yang kau cari walaupun ada aku. 
          Apa kau fikir aku tidak punya kawan? Pernah ke aku abaikan kau sebab kawan? Pernah aku tinggalkan kau sebab kawan? Sebab nak jaga hati kau, aku kurangkan masa berbual, melepak dengan kawan-kawan. Disebabkan kau, aku terhadkan masa bersantai bersama kawan-kawan. Disebabkan kau, aku lupakan semua yang aku nak buat. Semua sebab apa? Sebab aku nak tengok orang yang aku sayang sentiasa tersenyum. Melihat kau tersenyum sudah cukup membuatkan aku puas. Even aku penat sekalipun, semua tu aku ketepikan sebab aku nak sentiasa disamping kau saat kau perlukan aku. 
          Ya, memang aku selalu cakap aku ni panas baran dan hakikatnya memang ya aku panas baran. Tapi bila dengan kau, aku kawal emosi aku kerana aku taknak kita bergaduh hal yang remeh-temeh. Walaupun terkadang aku takdapat mengawalnya aku biarkan kau memujukku.
          Aku sayangkan kau sehingga aku takut untuk kehilangan kau. Banyak benda yang aku ubah semata-mata untuk jaga hati kau. Banyak hal yang aku tinggal semata-mata untuk jaga perasaan kau.Tapi ada tak kau fikir pasal perasaan aku? Ada tak kau fikir tentang hati aku? Banyak benda aku simpan dari luah sekalipun ada makin jadi sakit hati.

-TOLONGLAH HARGAI AKU-