Thursday, 18 July 2013

Hati Si Gadis itu adalah Hatiku

Ramai memandang dia sebagai seorang gadis yang ceria , periang , suka melawak dan sentiasa buat mereka tersenyum.. tapi tahukah mereka atau fahamkah mereka disebalik semua itu tersimpan 1001 kepedihan , kesakitan , kekecewaan , keperitan , kesedihan , kedukaan dan berbagai lagi perasaan dalam hati dia?.. Ya , mereka tidak pernah tahu apa yang dia rasa selama ni.. Mereka memandang dia sebagai seorang gadis yang sentiasa bijak menangani segala masalah dalam hidupnya, tapi adakah mereka tahu bahawa dia sentiasa terhimpit dalam segala masalahnya? Apa yang mereka lihat pada mata kasar cukup membuktikan bahawa si gadis merupakan pelakon yang hebat.. Ya, hebat ! Hebat dalam menyembunyikan segala perwatakan , isi hati , masalah yang sentiasa berombak tsunami dalam jiwa.. Segala apa yang dirasa tidak pernah terluah walaupun hati mengamuk minta diluahkan.. Jiwa si gadis penuh dengan tekanan.. Tekanan yang mungkin memudaratkan diri sendiri.. Tahukah mereka apa yang dia rasakan? Fahamkah mereka perasaan si gadis jika isi hatinya terluah?

Hati? Pernahkah mereka peduli tentang hati si gadis? Adakah mereka tahu hatinya terguris dek kerana kata-kata pedih dari mulut mereka? Dia cuba menjadi yang terbaik dalam menjalinkan hubungan.. tak kira hubungan antara keluarga, sahabat, mahupun kekasih.. Dia berusaha untuk tidak mengguriskan hati mereka biarpun hati sendiri terguris.. Dia berusaha untuk membahagiakan hati-hati mereka kerana kebahagiaan mereka merupakan kebahagiaan hatinya.. Dia berusaha untuk sentiasa berada disisi mereka di saat mereka memerlukan biarpun dirinya sendiri tiada berteman..

Kita bisa membuat mereka tahu akan apa yang kita sampaikan, tetapi kita tidak bisa mampu membuat mereka faham apa yang kita telah cuba sampaikan.. Manusia bisa menjadi pendengar yang setia tapi bukanlah si pengerti yang memahami..

Dia punya dua perkara yang tidak mungkin dia peroleh dalam satu masa.. Cinta dan cita.. Terkadang,kerana cinta dia sanggup lupakan cita-citanya.. Tapi adakah dia tahu bahawa cinta yang dikejar mungkin bukan menjadi cinta sejatinya? Cita-cita, jika dia memilih untuk mengejar cita-citanya dia mungkin akan hilang cintanya.. Cinta? Yang mungkin akan terkandas ditengah jalan..

Dia punya dua hubungan yang sentiasa bersamanya dalam satu masa.. Keluarga dan kekasih.. Kedua-duanya sangat penting dalam hidupnya.. Kedua-duanya sangat berharga dalam hidupnya.. Kedua-duanya merupakan kebahagiaannya.. tapi dia harus membuat pilihan dan pilihannya pasti akan mengguris sebelah pihak samaada keluarga atau cinta hati..

Allah SWT sahaja yang mengerti dan memahami isi hati hambanya.. Hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yang hambanya ingini ..

Derita itu sakit.. derita itu pedih.. Derita itu menyiksakan.. Tapi ketahuilah kita bahawa disebalik penderitaan itu akan membawa 1001 kebahagiaan dalam hidup kita.. jika tidak didunia, di akhiratlah ia.. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment