Tuesday, 23 April 2013

Corat Coretku

      Bismillahirrahmanirrahim.....



  Hari ni seperti biasa menjalani kehidupan yang sama , rutin yang sama , diri yang sama cuma situasi saja yang berubah-ubah .. setiap hari pelbagai situasi yang telah aku peroleh .. walaupun aku berdiri di atas dua kaki yang sama setiap hari berjalan ke sana sini tanpa hala tujuan , dua biji mata yang sama , hirupan udara dari hidung yang sama , tangan yang sama  menyentuh apa yang disentuh , fikiran yang melayang di minda yang sama tetapi hati di dada sering berkecamuk setiap masa , berubah mengikut peredaran dunia yang semakin tua dan goyah .. setiap hari , seorang demi seorang ku perhatikan , satu demi satu ragam ku teliti , masing-masing kini berubah mengikut peredaran dunia .. 

  Hatiku kini kosong , fikiran makin celaru memikirkan arah tuju yang harus dilalui nanti .. Hari demi hari , masa demi masa , sedar tidak sedar , aku mula melangkau ke alam dewasa .. Alam dimana aku harus fokus pada hidup yang sebenar-benar hidup .. Aku sentiasa bertanya dalam diri , apa yang aku mahu dalam hidup? hingga kini aku belum temukan apa yang aku mahu untuk hidupku .. Sukar untuk aku membuat keputusan untuk memilih hidup yang sebenar-benar hidup .. Kadangkala berangan sendiri andai dapat ku undurkan putaran masa , kembali ke masa silamku , memperbetulkan apa yang salah , menampal apa yang berlubang , tetapi itu sekadar angan-angan kosong .. Masa takkan boleh kembali lagi ..

  Lelaki? belum masanya untuk ku serabutkan diriku dengan mereka .. Aku lebih selesa bersendiri dari berkongsi cerita atau pahit manis memoriku bersama mereka .. Biarkan aku sendiri .. Sendiri melangkah menuju ke destinasi yang ingin ku pergi .. Kadangkala terasa sunyi tetapi aku lebih selesa bersendiri .. Aku bukan sendiri selalu kerana ada mereka sentiasa menghiburkan hari sepiku .. Keluarga tercinta , sahabat-sahabat tersayang , dan Allah SWT kekasihku yang sentiasa bersamaku .. Aku lebih bahagia bersama mereka ..Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah .. aku bersyukur memiliki kebahagiaanmu .. Sesungguhnya , hanya kepadamu tempat aku berlindung , dan kepada mereka tempatku menumpang kasih .. 

  Ya Allah , jika ditakdirkan aku pergi dahulu sebelum mereka , izinkan aku membahagiakan mereka agar mereka sentiasa mendoakan kesejahteraanku di sana nanti .. sesungguhnya aku amat menyayangi mereka semua .. Aku harap aku pergi dahulu sebelum mereka kerna aku tidak sanggup meratapi pemergian mereka ,, Amin ..

  Buat keluarga tercinta , keluarga JKKNWPKL , sahabat-sahabat yang mengenaliku , maaf jika ada terkasar bahasa selama kehidupan aku bersama kalian .. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan buruk itu datang dari diriku sendiri .. halalkan semuanya dunia akhirat .. semoga Allah merahmati kalian .. Sesungguhnya aku amat menyayangi kalian sepenuh hatiku .. Terima Kasih untuk segalanya .. 

Wassalam ...

No comments:

Post a Comment