"Nurin !! Bangun , dah lewat ke sekolah ni !! Hari ni ada trial SPM kan? Bangun Nurin !! Bangun !!" Laungan Puan Zakiah memecah keheningan pagi Isnin itu . "Ya ma, Nurin bangunlah ni...Nurin tahu lah hari ni ada exam.." Nurin bangun dengan mata berkelip-kelip lantas mencapai tuala mandi menuju ke kamar mandi. "Mama ! tak masak air panas ke? Sejuklah nak mandi air sejuk pepagi buta ni.." Nurin membebel. "Mama takmasak air panas pun.. Nurin mandi je lah air sejuk tu.. Tak mati pun !" Gurau Puan Zakiah. Dengan wajah yang penuh hampa Nurin masuk ke dalam kamar mandi semula dan mandi.. "Ah ! Sejuk !!" Jerit Nurin.
Selesai bersiap, Nurin ke dapur membancuh secawan milo panas untuk minum pagi. Sudah menjadi kebiasaan Nurin setiap pagi sebelum ke sekolah air milo panas dan dan beberapa keping biskut kering sebagai alas perut. "Nurin,telefon kamu berbunyi ni !"Puan Zakiah memanggil dari dalam bilik. Nurin bergegas ke bilik. "Oh, Maya message ni !" kata Nurin sambil menekan butang di telefon bimbitnya.
"NURIN,AKU TUNGGU KAU MACAM BIASA DEKAT BUSTOP DEPAN."
"OKAY.SEKARANG KE? KAU DAH SIAP? AKU DAH SIAP NI."
"AKU DAH GERAK NI.CEPATLAH AKU TUNGGU."
"OKAY MAYA."
"Mama,Nurin nak pergi ni ! Maya dah tunggu!" Panggil Nurin. Puan Zakiah keluar dari biliknya dan bersalaman. Nurin mencium tangan ibunya dan mula meninggalkan perkarangan rumah.
"Mana pulak perginya si Maya ni ! kata dah gerak ! tak sampai-sampai pun !" bebel Nurin dalam hati. "Hoi, lama tunggu cik kak? sorry kawan ! kau tahu lah kan aku jalan kaki macam mana dari rumah aku tu nak ke sini. ikutkan hati aku taknak pergi sekolah hari ni." Sergah Maya. "Oi kau,terkejut aku ! aku fikir perempuan gila mana tadi ! tak apa lah. aku faham. Haa , bas dah sampai tu. Jom naik !" Nurin membalas dan mereka bergerak menuju ke perhentian bas untuk menaiki bas awam.
"Nurin !!!!!!...........
Haa,nak tahu apa cerita selanjutnya tentang kisah mereka , nantikan part II tidak lama lagi ya .. thanks for reading .. love ya <3
No comments:
Post a Comment