"Apa? What happen?" Nurin terpinga-pinga.
"Kau nampak tak apa yang aku nampak? oh, my god !" Maya menunjukkan riak muka suspen.
"hey,relax lah ! kau nampak apa ni? Ada toyol ke dalam bas ni?" berpusing-pusing kepala Nurin mencari apa yang dilihat oleh kawan baiknya itu.
"Kau tengok lah belakang tu siapa? Ya Allah, handsome sungguh dia hari ni ! tergugat iman aku !" Maya menuding jari ke arah seorang pelajar lelaki yang lengkap berpakaian sekolah sambil matanya tidak berkelip melihat ketampanan pelajar itu.
"Lah, kau pandang Azhar ke?Woi,setiap kali kau tengok dia,tiap kali tu jugak lah kau kata dia handsome kan? Aku pun dah naik menyampah tengok kau terkinja-kinja tepi aku,tapi bila aku suruh pergi tegur dia mula lah jadi kura-kura,menyorok dalam cengkerang sendiri."
"Ala,kau ni pun macam takkenal aku je kan? Aku segan lah nak pergi tegur dia.. hehehe" Maya tersengih seperti kerang busuk.
"Kringgggg!!!" Tepat 7.20 pagi jam loceng sekolah berbunyi tanda perhimpunan akan bermula. Seperti biasa, pelajar yang lewat ke sekolah akan didenda berdiri di belakang dewan sehingga tamat perhimpunan. Setelah tamat perhimpunan, pelajar akan beratur menuju ke bilik disiplin untuk dirotan oleh cikgu disiplin sekolah iaitu Cikgu Samad dan seterusnya dikehendaki mengutip sampah di kawasan persekitaran sekolah. Sudah menjadi kebiasaan kepada Nurin dan Maya yang sering lewat ke sekolah sehinggakan Cikgu Samad sudah bosan merotan mereka.
"Ish,asyik muka kamu berdua je yang cikgu jumpa tiap pagi. Kamu berdua tak serik lagi ke? Tak sakit ke kena rotan dengan cikgu tiap hari?" bebel Cikgu Samad kepada Nurin dan Maya.
"Ala cikgu,dari kami ponteng baik kami pergi sekolah walaupun lewat. Dapat juga ilmu walaupun kena rotan." Maya menjawab selamba.
"Amboi, menjawab pula kamu ya. Nanti saya kenakan hukuman yang lagi berat baru kamu tahu." kata Cikgu Samad dan Maya terus terdiam.
Setelah di denda, Maya dan Nurin terus bergerak ke kelas.
"Haa, mana kamu berdua pergi? exam dah nak start pun kamu berdua boleh lenggang kangkung macam itik pulang petang." Bebel Miss Tasya.
Miss Tasya merupakan guru Bahasa Inggeris di kelas 5 Budi. Maya kurang menggemarinya kerana Miss Tasya merupakan guru yang paling kecoh atau lebih dikenali sebagai Cik Kepoh.
"Kami kena denda datang lewat tadi,bukan sengaja masuk lambat pergi mengumpat sana sini." Maya menjawab dengan nada memerli tapi selamba.
"Maya,kamu perli saya ya?" Miss Tasya terasa dengan kata sinis Maya.
"Eh,teacher terasa ke? Lah, saya tak perasan pula yang saya perli teacher sebab saya rasa saya cakap betul. Teacher terasa dengan ayat saya yang mana ya?" Maya menambahkan rasa panas lagi lantas suasana di dalam kelas yang tadi senyap menjadi riuh rendah dengan tawa para pelajar.
"Diam semua!! Sudah,kamu duduk sekarang!! Semua diam!! Exam dah nak mula" Miss Tasya menjerit sehingga suasana kelas menjadi sepi.
Maya dan Nurin berlalu ke tempat duduk mereka dengan perasaan yang puas hati kerana telah menyakitkan hati guru mereka yang digelar Cik Kepoh di sekolah.
Bersambung........

No comments:
Post a Comment