Monday, 2 September 2013

masa silam boleh putar?

Siapa ada masa silam? semua ada masa silam .. ada masa silam yang manis , ada masa silam yang pahit .. aku percaya semua orang mahu pulang ke masa silam bukan? Setiap masa ada cerita tersendiri .. Begitu juga aku.. Jika masa silam boleh diputar kembali , aku teringin sekali mengulanginya dan hadapi saat-saat manis yang sentiasa mengelilingi diriku dan aku juga ingin buang semua perkara-perkara pahit yang terpaksa aku telan sendiri suatu masa dahulu ..

tapi itu semua hanya angan-angan, masa lalu itu jauh kini meninggalkan kita.. hari demi hari, bulan berganti bulan , tahun bertukar tahun , semakin banyak kenangan-kenangan pahit dan manis kita peroleh.. kenangan manis kalau boleh nak sentiasa simpan , kenangan pahit dibuang jauh-jauh..

Masa semakin bergerak pantas, meninggalkan semua kenangan-kenangan dibelakang tabir hidup.. dan kita hanya meneruskan hidup yang berputaran ibarat roda yang sentiasa berpusing .. kadang-kadang diatas , terkadang pula dibawah , terkadang bahagia , terkadang derita , terkadang lapang , terkadang sempit , semuanya berlegar-legar didalam paksi roda itu..

Anggarkan kau tahu bahawa esok kau akan mati , apakah kau pernah hitung berapa banyakkah amalan-amalanmu sepanjang kau berjalan diatas dunia? apakah kau nilaikan seberapa banyak wang didalam kocek kecilmu itu disedekahkan kepada golongan yang kurang berkemampuan? apakah kau congak seberapa banyak jasamu kepada ibu bapamu , keluargamu , sahabat-sahabat mu dan semua makhluk di muka bumi? apakah kau menjaga hubunganmu sesama manusia serta hubunganmu dengan Allah SWT? Sesungguhnya yang maha mengetahui dan merancang itu adalah Allah SWT..

Renungkan dan Selamat Beramal ..

No comments:

Post a Comment