Friday, 20 September 2013

Aku Masih Lagi Si Pucuk Rebung

      "Melentur buluh biarlah dari rebungnya".. faham tak maksud peribahasa tu? mengikut kefahaman aku laa kan kalau nak lalu buluh kena jadi rebung dulu .. diibaratkan seperti kerjaya aku sekarang merangkap cita-citaku dari aku zaman sekolah lagi .. aku nak jadi penari professional .. tapi pernah ke terfikir macam mana cara nak jadi penari professional? sudah semestinya kena belajar kan? kena belajar asas tari , belajar pembentukan badan untuk dapatkan posture dan gasture yang cantik .. di samping itu , kita kena tengok saingan di sekeliling kita .. Saingan bukan bererti kita nak bermusuh atau bergaduh tapi kita jadikan dia idola kita supaya kita dapat menjadi seperti dia atau kemungkinan akan menjadi lebih baik dari dia.. 

    Dari dulu aku suka meletakkan diriku di tangga yang paling bawah antara penari-penari lain.. Dari situ aku dapat tahu sejauh mana kemampuanku untuk menjadi penari terbaik dalam kalangan kumpulanku.. Pelbagai komentar yang baik dan buruk yang aku peroleh setiap kali selepas sahaja tamat latihan atau persembahan.. Dari situ aku dapat tahu dimana kekuatan dan kelemahanku , disamping itu aku dapat melihat sendiri pandangan mereka yang melihat cara persembahanku dalam bidang tari.. 

     Tipulah kalau aku cakap aku takcemburu dengan setiap pujian yang diberi oleh koreografer untuk penari lain.. Tapi itu tak membuatkan aku berputus asa sebaliknya aku ambil ia sebagai satu cabaran untuk terus maju dan perbaiki diri dalam setiap pergerakan aku.. Walaupun terkadang aku terasa dengan beberapa komentar mereka terhadapku tapi aku tetap terima kerana untuk menjadi seorang yang professional dan berjaya kita harus terima apa saja komentar orang .. Betul kata Cikgu Faiz , nak jadi penari memang senang , tapi nak jadi penari yang berpengaruh kita kena kuatkan hati , tempuh apa saja rintangan yang ada , insyaallah suatu hari nanti kita berjaya jika kita bersabar .. 

     Sehingga kini aku meletakkan diriku sebagai pucuk rebung kerana tahapku belum lagi mencapai tahap buluh.. Walaupun sudah 8 tahun aku bergiat dalam bidang tari aku tetap tidak berputus asa dalam mencapai tahap menjadi sebatang buluh yang molek dan cantik .. Diriku masih lagi dalam kalangan pucuk rebung yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar ..Dan aku berharap aku takkan berputus asa dalam mencapai cita-citaku.. 

     Sejujurnya aku sayang dengan dunia tari.. Ia seakan sudah menjadi sebahagian dalam hidupku , datanglah pekerjaan yang gaji beribu , datanglah pekerjaan yang jawatan tertinggi , semua berkehendakkan aku pergi tapi aku tetap dengan pendirianku .. aku mahu MENARI .. ramai mengatakan aku bodoh kerana menolak tuah , tapi pernahkah mereka rasa apa yang aku rasa? aku lebih selesa dengan kerjaya menari kerana itu membuatkan aku puas walaupun penat seperti pekerja bina bangunan .. insyaallah aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang .. 

     Terima kasih untuk semua yang banyak menasihatiku , yang memberi tunjuk ajar , yang membimbingku , sahabat-sahabat , guru-guru , keluarga yang selalu menyokong .. Terima Kasih .. aku hargai semuanya .. Alhamdulillah .. 


No comments:

Post a Comment