Terasa macam dah lama tak menaip .. ya memang lama sangat aku tinggalkan blog aku ni .. bukan berhabuk lagi dah .. tapi dah bersawang macam gua .. banyak benda aku nak cerita , banyak benda aku nak luah tapi semua tu tak tertaip .. hati terlalu berkecai , fikiran terlalu bercelaru , minda sentiasa berpusing , tubuh melayang menunggu masa untuk rebah ..
banyak perkara yang aku pendam dari meluah , banyak benda yang aku diam dari berbicara , banyak juga mata ku butakan dari melihat .. dunia semakin tua .. umur jua semakin meningkat .. bukan semakin muda malah badan mula akan membongkok .. Akan tetapi , kau tetap dengan pendirian kau .. berfikiran cetek dan hanya tahu menuding jari pada orang lain ..
Kau lebih suka memperbetulkan diri orang lain berbanding kau melihat sendiri muka kau dihadapan cermin .. apa kau sudah cukup sempurna kah ? apa kau cukup matang kah ? apa kau cukup ilmu di dada untuk menegur setiap salah dan silap manusia di sekeliling kau? Ya ,kerana itu gunanya cermin di setiap sudut kau berjalan .. Akan tetapi kau tetap tidak menyedari apa erti sebenar cermin di setiap sudut mu .. yang kau tahu hanya melihat wajahmu yang selalu dibangga-banggakan ,,
Aku bukan juga ingin berkata yang aku sudah terlalu matang atau bijak untuk menegur .. cukup sekadar akmenegurmu untuk setiap apa yang aku perhatikan ,, bukan niat untuk menjatuhkan atau memalukan tetapi untuk membantu agar kau tidak disisihkan masyarakat ..
Nah , tetapi kau sedikit pun tidak pernah mendengar apa lagi menurut ,, hingga akhirnya kau tersungkur di atas jalan .. Jalan yang kau pilih sendiri .. jalan yang kau inginkan sendiri .. jalan penyesalan yang kau agungkan sedari dulu ..
Walau menangis airmata darah sekalipun kau tetap tahu bahawa masamu yang lepas takboleh diulang lagi.. kau tahu masa lalu takkan mungkin berputar lagi .. tetapi kau tetap tangisinya lagi ,, Mengapa? Bodohnya kau kerana menyesali perbuatan sendiri .. kenapa tidak kau berbangga dengan apa yang kau lakukan ? mengapa harus kau tangiskan? bukan kah itu yang kau rancangkan dari awal lagi?
itulah manusia ,, tak pernah lari dari sikap lupa diri , tamak , pentingkan diri .. walaupun kau tahu di pengakhirannya membawa derita , kau tetap jua memilih ,, kenapa? kerana kau sudah lupa untuk kenal siapa diri kau yang sebenar ..u
No comments:
Post a Comment