Manusia oh manusia . kau manusia yang tidak pernah berpuas hati pabila melihat kebahagiaan orang disekeliling .. kau sering membeza-bezakan kelebihan dan kekurangan antara kau dan dia.. kau cemburu melihat dia dipuji kerana keistimewaannya tersendiri dan kau mula baran bila kau takmampu untuk menandingi keistimewaan itu.. Kau mula berang sehingga kau menabur cerita yang bukan-bukan membuatkan dia tersisih .. Apa kau puas menabur fitnah hanya sekadar inginkan perhatian dunia? Apa kau bangga menjadi perhatian dunia yang kau tahu ia hanya bersifat sementara? Apa kau akan selamat di akhirat sana? Siapa yang menolong mu disana? Perhatian dunia kah? keistimewaanmu kah?
Hidup oh hidup , kenapa perlu ada perasaan hasad dengki atas kelebihan orang lain? Kenapa perlu cemburu dengan kejayaan orang lain? Apa kau tiada kelebihan tersendiri sehingga kau perlu mendengkikan orang lain? Apa kau tiada kebolehan untuk berjaya ? Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan yang berbeza .. Begitu juga kau , kau punya keistimewaan tersendiri dan orang lain tidak dapat tandinginya , begitu juga kelebihan orang lain yang kau takkan dapat tandingi .. Adil dan saksama bukan? Bersyukurlah dengan setiap keistimewaan yang kau ada dan yang kau tiada.. Bersabar lah dalam apa jua perkara jika inginkan hasil yang baik dan sempurna..
Celotehku ini sekadar untuk peringatan buat diriku sendiri , tiada niat untuk ku sindir , sekadar belajar dari pengalaman sendiri .. Semoga bertemu di lain page nanti , ada cerita tunggu saja nanti ..
Celotehku ini sekadar untuk peringatan buat diriku sendiri , tiada niat untuk ku sindir , sekadar belajar dari pengalaman sendiri .. Semoga bertemu di lain page nanti , ada cerita tunggu saja nanti ..
No comments:
Post a Comment