Aku takkisah kau nak melepak dengan kawan-kawan kau but please!!! Sekurang-kurangnya bila kau ada dengan aku, tolong lupakan sekejap kawan-kawan kau tu. Aku tahu sahabat lebih berharga dari awek tapi bila aku dengan kau, apa peranan aku pada kau? Mana keistimewaan aku pada kau? Kawan kau juga lebih istimewa dari aku. Kawan kau juga yang kau cari walaupun ada aku.
Apa kau fikir aku tidak punya kawan? Pernah ke aku abaikan kau sebab kawan? Pernah aku tinggalkan kau sebab kawan? Sebab nak jaga hati kau, aku kurangkan masa berbual, melepak dengan kawan-kawan. Disebabkan kau, aku terhadkan masa bersantai bersama kawan-kawan. Disebabkan kau, aku lupakan semua yang aku nak buat. Semua sebab apa? Sebab aku nak tengok orang yang aku sayang sentiasa tersenyum. Melihat kau tersenyum sudah cukup membuatkan aku puas. Even aku penat sekalipun, semua tu aku ketepikan sebab aku nak sentiasa disamping kau saat kau perlukan aku.
Ya, memang aku selalu cakap aku ni panas baran dan hakikatnya memang ya aku panas baran. Tapi bila dengan kau, aku kawal emosi aku kerana aku taknak kita bergaduh hal yang remeh-temeh. Walaupun terkadang aku takdapat mengawalnya aku biarkan kau memujukku.
Aku sayangkan kau sehingga aku takut untuk kehilangan kau. Banyak benda yang aku ubah semata-mata untuk jaga hati kau. Banyak hal yang aku tinggal semata-mata untuk jaga perasaan kau.Tapi ada tak kau fikir pasal perasaan aku? Ada tak kau fikir tentang hati aku? Banyak benda aku simpan dari luah sekalipun ada makin jadi sakit hati.
-TOLONGLAH HARGAI AKU-
Chill k.. xmoh sedih2 xmoh mkn hati.. i know nunu kuat tuk semua ni.. kdg2 x semua yg kte nk kte dpt.. n xsmua yg kte syg akn kekal..
ReplyDeleteChill k.. xmoh sedih2 xmoh mkn hati.. i know nunu kuat tuk semua ni.. kdg2 x semua yg kte nk kte dpt.. n xsmua yg kte syg akn kekal..
ReplyDelete